Pengikut

RSS

ayo berfoto ria!!! look!! lomografi ❤

Membedakan Lomografi dan Efek Khas Lomograf

Sebenarnya kesan khas yang biasa diperolehi menggunakan kamera lomografi seperti Holga, Fisheye, Diana+ dll juga boleh diperolehi menggunakan kesan khas lomograf. Kesan khas lomograf ini menggunakan perisian komputer seperti Adobe Photoshop atau mana-mana perisian yang turut dimuatkan dalam kamera-kamera telefon bimbit seperti Sony Ericsson Xperia. Namun begitu kedua-duanya jelas berbeza-beza kerana kesan yang diperolehi hasil menggunakan kamera lomografi lebih tulen dan dianggap asli.

Apakah yang dimaksudkan dengan tulen dan asli? Tulen dan asli di sini bermaksud diperolehi secara analog bukan diperolehi melalui janaan digital yang hanya memerlukan beberapa pengubahsuaian pada foto sedia ada supaya menjadi seakan-akan hasil lomografi yang asli. Persoalannya, bagaimanakah mahu membezakan antara kesan khas lomograf yang dihasilkan melalui janaan komputer atau (CGI) dan hasil daripada kamera analog itu sendiri? Untuk melihat perbezaan ini, mungkin agak sukar terutama kalangan jurulomo amatur yang belum membiasakan diri melihat berbezaan antara hasil lomografi asli dan janaan komputer.

Pertama, perbezaan yang ketara antara hasil lomografi yang asli dan janaan komputer ialah kontras yang dihasilkan. Kamera lomografi menghasilkan kontras melalui proses pencahayaan terhadap filem, selain kontras pada kamera lomografi juga dibentuk melalui jenis filem yang digunakan. Ada filem yang mempunyai kontras yang lebih tinggi berbanding filem-filem yang lain, seperti Kodak Professional EliteChrome, selain itu kontras yang dihasilkan oleh kamera lomografi kebiasaanya bersifat lebih gelap atau dalam istilah Inggerisnya, darken dan tidak terlalu ketara sifat suram (dull) pada foto berkenaan. Sebaliknya dalam foto mempunyai kesan lomografi yang dihasilkan menggunakan janaan komputer, foto yang dihasilkan mempunyai kontras yang lebih terang disamping mempunyai kepekatan warna pada foto yang lebih ketara.

Foto yang diubah suai menggunakan perisian Adobe Photoshop


Foto yang dihasilkan menggunakan kamera lomografi.

Selain perbezaan pada kontras, foto yang dihasilkan menggunakan kamera lomografi mempunyai vignette atau lingkaran gelap yang tidak terlalu ketara berbanding diubah suai menggunakan filter Correct Camera Distortion yang terdapat dalam Adobe Photoshop atau Marquee Tool di kotak tool dalam perisian ini. Kebiasaannya lingkaran yang dihasilkan menggunakan kamera lebih halus hasilnya dan lebih cerah kegelapannya kerana kehadiran cahaya yang mengurangkan kegelapan pada bahagian berkenaan. Perbezaan-perbezaan seperti ini merupakan contoh perbezaan besar yang boleh diperhatikan untuk menilai keaslian gambar lomografi berkenaan.



Contoh lingkaran yang dihasilkan menggunakan efek komputer, kredit foto;Photoshop Tutorials


Contoh lingkaran yang dihasilkan menggunakan kamera Holga 135BC

Perbezaan yang terakhir yang akan dijelaskan adalah kesan ketajaman imej. Secara dasarnya, kamera lomografi boleh menghasilkan foto yang mempunyai kejelasan yang lebih (sharpness), namun begitu ketajaman imej sememangnya sukar dicapai kerana faktor-faktor tertentu yang membuatkan foto yang dihasilkan oleh kamera ini mempunyai ketajaman imej yang rendah. Sebaliknya foto yang dihasilkan menggunakan kamera digital mempunyai ketajaman imej yang lebih ketara, dan apabila foto ini diubah suai, ketajaman imej masih dikekalkan dalam foto. Ketajaman imej boleh diperhatikan pada foto terutama di bahagian yang berlipat (contohnya kulit yang kendur dll).



Foto yang mempunyai ketajaman imej yang tinggi walaupun telah diubah suai. Kredit foto; Photoshop Tutorials


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar